Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya...

Rabu, 22 Jun 2011

Ramli Dan Budak Jual kuih.

Puas rasanya seminggu bercuti di kampung halaman. Hilang segala tekanan kerja. Ramli beberapa kali menguap. Perutnya juga belum diisi pagi ini. Mana tidaknya selepas sahaja solat subuh, cepat-cepat ramli memanaskan enjin keretanya untuk pulang ke kuala lumpur. Balik lambat, panas pula katanya. Beliau lebih selesa memandu waktu pagi berteman cuaca yang masih dingin. Perjalanan dari kulim ke kuala lumpur mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah. Pkl 10.30 sampailah dia ke kuala lumpur. Begitulah ramli mencongak perjalananya..

Akibat dari perutnya meronta-ronta meminta sarapan pagi, ramli pun mengambil keputusan untuk singgah di ipoh. Ibu negeri perak. Jam pada waktu itu, lebih kurang pukul 8.30 pagi. Ramli pun singggah di sebuah restoran lalu memesan 5 keping roti telur dan segelas teh tarik. Agak pelahap juga ramli ini walaupun badanya kelihatan kurus. Kawan-kawan pejabatnya juga hairan, kemana perginya semua makanan yang dimakan oleh ramli? Adakah badanya tidak menyerap segala lemak-lemak di dalam makanannya? Sedangkan takkala ramli makan, dia akan mengalahkan kuantiti makanan 3 orang rakan-karanya. Mungkin itu kelebihan ramli yang tidak ada pada orang lain.

Mamak restoran itu senyum sinis setelah mengambil pesanan dari ramli. Mungkin beliau berfikiran lucu melihat fizikal ramli yang kurus melidi sedangkan cita rasa bagai anak gajah gamaknya. Ramli pula sedang membelek-belek surat khabar di mejanya. Tiba –tiba datang seorang budak kecil berusia lingkungan 10 tahun menegurnya..

‘’abg nk beli kuih?’’ katanya sambil tersenyum manis kearah ramli lalu ia segera menunjukkan raga yang dibawanya.. ‘’karipap ada, donat ada,’’ tambah budak itu lagi.
‘’tak apalah dik.. abang dah pesan makanan’’. Balas ramli sambil membalas senyuman kanak-kanak itu.
Kanak-kanak tersebut pun berlalu setelah 5 keping roti telur ramli tiba. mamak tersebut masih lagi senyum sinis pada ramli. ‘’selamat menjamu selera’’ katanya pendek.
Sambil membaham sarapannya, ramli pandang sekeliling. Kelihatan budak tadi masih berlegar-legar di situ. Budak itu menghampiri sepasang suami isteri. Nampaknya mereka juga tidak mahu membeli. Budak itu pun menuju ke pelanggan seterusnya. Juga menolak. Seterusnya juga, masih tiada yang sudi membelinya. Namun kelihatan kanak-kanak itu masih mengukir senyuman pada setiap orang di kedai tersebut.

‘’abang dah makan, taknak beli kuih saya?’’ katanya selamba sambil menghampiri meja ramli.
‘’abang baru lepas makan dik.. kenyang lagi perut abang ni’’ kata ramli sambil menepuk-nepuk perutnya. Jika hendak disumbat beberapa ketul karipap, mungkin muat lagi, namun ibunya sering berpesan agar tidak makan banyak. Mungkin 5 keping roti telur tidak banyak bagi ramli.
Kanak-kanak tersebut berlalu menghampiri pelanggan lain.. ‘’nak beli kuih saya kakak?’’ nak beli kuih pakcik?’’ nak beli kuih makcik?’’ kata budak tersebut pada setiap orang yang lalu lalang di hadapan kedai mamak tersebut sambil masih mengukir senyuman. Molek benar budi bahasa budak ini fikir ramli. Mamak di kedai tersebut pun tidak menghalang budak itu dari melakukan perniagaan kuih secara jualan langsung di kedainya. Ramli terus memerhatikan gelagat budak itu dengan perasaan kagum. Tiada tanda-tanda putus asa di dalam dirinya. Semangatnya cukup tinggi bagi budak yang sekecil itu Meskipun tiada orang membeli kuihnya.
Setelah selesai membayar harga makanan yang dipesan, ramli menuju ke keretanya. Mamak tersebut masih tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. Bengang juga ramli pada mamak tersebut yang asyik memerlinya dari tadi. Ramli membuka pintu kereta. Belum sempat ramli menghidupkan injin, budak tadi menghampirinya. Dia menghadiahkan senyuman pada ramli. Ternyata walaupun budak tersebut agak miskin, namun beliau kaya dengan budi bahasa dan senyuman. Walaupun miskin duit, tetapi kerap bersedekah senyuman. Bisik ramli di dalam hatinya. Lalu ramli menurunkan cermin keretanya lantas membalas senyuman budak itu.
‘’abang dah kenyang tetapi mungkin abang perlukan kuih-kuih saya untuk adik-adik abang, ayah dan mak abang.’’ Kata budak itu petah sambil mengukir senyuman. Sekali lagi menayangkan bakul di tangan yang masih penuh dengan isi.

Ramli tenung wajah budak itu dalam-dalam. Bersih wajahnya walaupun pakaianya agak buruk. Timbul rasa kasihan melihat kesungguhan budak itu dari tadi mencari rezeki. Lalu ramli mencapai dompetnya lantas mengeluarkan sekeping wang sebanyak 10 ringgit. Duit itu diserahkanya pada budak itu.

‘’Ambil duit ni dik. Abang sedekah’’ budak tersebut cuba ingin memasukkan kuih ke dalam plastic namun ditegah oleh ramli. ‘’tak payah kuih tu dik, ambil duit ni ye. Abang sedekah.’’ Tambah ramli lagi. Budak tersebut mengambil wang itu lalu mengucapkan terima kasih lantas berjalan menuju ke deretan kaki lima kedai. Ramli hanya memerhati dari dalam kereta ke mana budak itu ingin pergi. Membeli keropok fikirnya dalam hati..
Alangkah terperanjatnya ramli takkala melihat budak itu menghulurkan 10 ringgit pemberiannya itu kepada seorang pengemis buta di kaki lima tersebut. Ramli yang berasa hairan, keluar dari keretanya lalu menghampiri budak itu kembali.

‘’abang nak beli kuih saya?’’ soal budak tersebut diringi senyuman yang menampakkan gigi susu kanak-kanak tersebut.

‘’ kenapa adik berikan duit itu pada pengemis tersebut?. Abang berikan pada adik. Duit tu duit adik.’’ Kata ramli tanpa menjawab soalan budak itu.

‘’ abang.. saya tidak boleh mengambil wang itu. Mak saya akan marah jika mendapat tahu saya mengemis. Kata mak, saya mesti bekerja untuk mencari rezeki. Allah kurniakan saya keupayaan tulang empat kerat untuk berusaha sendiri. Jika emak lihat saya memperolehi wang yang banyak sedangkan kuih masih belum habis, pasti dia memarahi saya. Kata mak, jangan mengemis. Pengemis orang yang tidak berupaya seperti pakcik itu. Saya masih kuat abang.’’

Ramli sebak mendengar kata-kata dari budak itu. Sekecil itu dia sudah memiliki pengangan hidup yang begitu kuat. Ramli juga berasa kagum dengan ibu budak terbabit yang mengajarnya seperti itu. Teringin benar bagi ramli mengetahui siapa ibu bapa budak kecil ini.

Tampa banyak bicara, ramli pun bertanyakan berapa semua harga kuih di dalam bakul tersebut. ‘’abang nak beli semua ke?’’ soal budak itu. Ramli hanya mampu mengangguk. Lidahnya keli tampa bicara mengenangkan ketabahan hidup kanak-kanak terbabit.

‘’25 semuanya bang.’’

Selepas budak itu membungkus kuih-kuih ke dalam plastik, ramli membayar harga kuih tersebut. Budak itu berlalu riang dengan bakul yang kosong menyusuri lorong-lorong kedai, lalu hilang dari pandangan mata ramli. Ramli menghidupakn injin keretanya dan menyambung perjalananya ke kuala lumpur.
Sepanjang perjalanan, ramli asyik menyuap kuih muih yang dibelinya tadi. Sedar tak sedar, hamper licin kuih muih tersebut ditelan oleh ramli walaupun pada mulanya agak banyak. Di dalam kotak fikiran ramli, masih terbayang senyuman manis kanak-kanak tadi. Ramli mula bertekad hendak mencari semula budak tersebut dan ingin bertemu keluarganya.. peristiwa yang berlaku tadi begitu banyak meniggalkan kesan di hati ramli. Sambil membawa kereta dengan kelajuan 120 km/j, karipap terakhir ditelan dengan hanya 3 kali kunyah……. 

Nota Kaki : Cerita ni patut ada sambungan. tapi tah la, macam malas nak buat je. haha..

 P/S, bila pikirkan balik, banyak giler kuih kalau beli rm25. tp selamber badak je si ramli telan semuanya. haha.. apa nak pelik, ramli memang kuat makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ikut suka hati la nak komen apa.. janji anda bahagia..