Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya...

Isnin, 20 Jun 2011

Kisah si Ayah.

Si ayah merenung jauh ke lantai papan rumahnya. Mendongak pula ke atap. Banyak juga lubang yang membolehkan cahaya menerjah masuk lurus menghala ke papan lantai. Si ayah mengeluh memikirkan perkara itu. Hujan nanti, memang basahlah. Fikir si ayah di dalam hati. Atap zink rumah itu memang dah terlalu uzur dan terlalu banyak lubang. Namun apakan daya, Si ayah tidak mampu menyediakan rumah yang lebih selesa bagi beliau dan anaknya berteduh.

Si ayah melihat jam di dinding. Sudah menghampiri jam 1.30 tegah hari. Kejap lagi dua orang anaknya akan pulang dari sekolah. Si ayah mengesot-gesot ke bahagian dapur untuk menanak nasi. Sebelah dari kaki si ayah terpaksa di potong akbat dari kemalangan di tapak pembinaan tempat si ayah bekerja dahulu. Sekarang Si ayah hanya mempunyai sebelah kaki sahaja untuk beliau bergerak.

"Panggg!!" kedengaran bunyi basikal dihempas dengan kuat. Si ayah menjengok di luar jendela. Kelihatan Abu, anak sulung Si ayah yang bersekolah tingkatan 3, baru pulang dari sekolah. Tina, anak perempuannya juga kelihatan di situ. Tina masih kecil dan hanya bersekolah darjah 4.

"Kenapa ni Abu?" tnya si ayah. Si abu tidak menjawab sebaliknya bergegas naik dan menghepas beg sekolah ke lantai.
"kenapa ni Abu?" tanya si ayah sekali lagi. "Abang diejek rakan di sekolah tadi ayah. Budak-budak tu cakap, abang orang miskin, ada ayah cacat." Jawab tina yang juga baru naik ke rumah. "tak mengapalah Abu, biarlah orang hendak menghina kita. Kita harus sabar. biar kita di pandang hina masyarakat, namun selagi kita teguh degan perintah allah, insyaallah allah memandang mulia pada kita. Mungkin kita diuji dengan kesusahan sekarang, namun allah itu maha adil, kelak pasti allah mengurniakan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita fikirkan. Ayah tak pernah sedih kehilangan kaki, tak pernah sedih dengan kemiskinan kita. Sebab ayah sedar allah dah beri ayah sesuatu yang paling beharga melebihi harta dunia yang ada, iaitu Abu dan Tina."

Mendengar kata-kata si ayah tadi, Abu kembali tenang. dikesatnya air mata yang mengalir membasahi pipinya. Ditenung pula mata si ayah dalam-dalam. Mata si ayah juga sudah mula berkaca. "Sudah lah Abu, Tina, mari kita makan" kata Si ayah, bagi menghalang air matanya jatuh. Ayah sepertinya mana boleh Menangis depan anak-anak. Perlu sentiasa tabah. Fikir Si ayah di dalam hati. Maka, mereka tiga beranak pun makan nasi berlaukkan garam dan berkuahkan air suam sahaja. Itulah menu harian mereka. Jika bernasib baik dapatlah mereka berlaukkan ikan jika bubu yang ditahan si ayah mengena. Hendak harapkan bantuan kebajikan masyarakat sebanyak RM350, apalah sangat. cuma cukup untuk membeli beras dan keperluan yang lebih penting. tambahan barang pula makin naik harga, kicap pun si ayah tidak mampu beli.

Pagi itu Abu dan Tina ke sekolah seperti biasa. Si ayah juga keluar bagi mengumpul tin-tin kosong di sekitar bandar. Berbekalkan dua batang tongkat, si ayah gagahkan berjalan bagi mencari rezeki. Bagi si ayah, apa yang dia lakukan sekarang lebih mulia berbanding dengan hidup meminta-minta di kaki lima. Rezeki allah ada dimana-mana. Fikir si ayah di dalam hati.

Melewati sebuah simpang, kelihatan sebuah sekolah dimana abu, anak si ayah bersekolah. Tergerak hati si ayah untuk pergi sebentar melihat abu di sekolah. Berjalanlah si ayah bertemankan tongkat disisi sambil mengendong bungkusan tin kosong ke arah sekolah tersebut. Sesampainya si ayah di depan pagar, beliau ditahan oleh pengawal keselamatan sekolah tersebut. "pengemis dilarang masuk" kata pengawal tersebut. "pakcik bukan pengemis nak, pakcik nak jenguk anak pakcik" balas si ayah. Namun pengawal tetap berkeras lalu menolak si ayah tadi hingga jatuh menyembah bumi. Manusia sekarang memang kurang hati budi dan perasaan simpati. Dengan cota di tangan, pengawal tersebut terus meninggalkan si ayah yang berhempas pulas bangun mencapai tongkatnya.Sayu dengan peristiwa tadi, si ayah beredah hingga ke sisi sekolah.

Si ayah menoleh ke kiri. Beliau terlihat kelibat abu di dalam kelas. tampa berlengah lagi si ayah menjerit sambil melambai-lambai ke arah abu yang berada di dalam kelas. Namun reaksi sebaliknya ditunjukkan oleh abu. Beliau seolah-olah tidak dengar akan jeritan si ayah. Malah beliau bagai menyembunyikan diri pula.
Murid-murid yang berada di kelas abu, mula mengejek abu. "anak cacat, anak cacat." si ayah tunduk merenung permukaan jalan tar. pedih hatinya bila melihat anaknya diejek oleh rakan kelasnya akibat dari kecacatan dan kemiskinan dirinya. Lebih pedih apabila melihat anaknya pula bagai tidak mengaku dan malu menjadi anaknya. Air mata si ayah menitis disitu juga. Tidak dapat menahan rasa hiba yang menyelubungi perasaanya ketika itu.

"Sreetttt!!!..." sebuah lori membuat brek kecemasa. semua mata sama ada dari sekolah dan orang yang berada di sekitar jalan, tertumpu pada sesuatu di bawah lori tersebut. Darah merah kelihatan mengalir dari bawah lori tersebut. Orang ramai mula megerumuni tempat kejadian. Pemandu lori tadi masih didalam lori tidak keluar-keluar barangkali masih terkejut dengan apa yang berlaku. "saya lihat tadi, lori ni memang laju. dia langgar lampu isyarat di simpang tu tadi" terang seorang pemuda berbadan tegap. Abu yang berada di dalam kelas, juga menyaksiakan kejadian tersebut. Dengan pantas Abu berlari menuju ke arah lori itu. "Ayah!!!!!.." jerit abu sambil berlinangan air di pipi. Kawan-kawan kelas yang kerap mengejek abu tadi terpinga-pinga, begitu juga dengan pengawal keselamatan tersebut. "perlu talifon ambulans sekarang ke?" kata seorang lelaki. "tak perlu kot. nanti adalah yang menguruskanya" balas lelaki yang lain.

Abu dengan penuh hiba menangis teresak-esak melihat kejadian tersebut. Tambah hiba apabila abu melihat darah pekat mengalir dari bawah lori tersebut. Namun abu gagahkan hati menjenguk di bawah lori tersebut. setelah melihat dari bawah lori, abu kelihatan terpinga-pinga. Dilihatnya sekeliling orang ramai mulai berkurangan. Abu pandang sekeliling sekali lagi. Di bawah pokok, juga berhampiran lori tersebut, kelihatan si ayah bertongkat melihat lori yang telah melanggar seekor anjing. Berlari abu mendapatkan ayahnya dibawah pokok tersebut.

"Maafkan Abu ayah" kata abu sambil memeluk ayahnya. "syukur ayah selamat, abu ingatkan ayah yang kena langgar tadi. abu tak nak kehilangan ayah, abu sayangkan ayah. ayah je yang abu ada untuk abu menumpang kasih. abu tak kisah kita miskin. janji ayah ada selalu menjaga abu dan adik. maafkan abu ayah"
abu terus memeluk ayahnya degan erat. begitu juga dengan si ayah.Air mata keduanya jatuh membasahi pipi masing-masing.. Di suatu sudut, bangkai anjing itu mula dibersihkan dan dibuang oleh majlis daerah. Nun di seberang jalan pula, kelihatan pengawal keselamatan yang masih terpinga-pinga tidak tahu perkara apa yang berlaku..

Nota kaki : hargailah ayah anda sementara jasad beliau dikandung nyawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ikut suka hati la nak komen apa.. janji anda bahagia..