Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya...

Jumaat, 23 September 2011

Filem Hero tanpa Heroine

Pada satu malam, kelihatan seorang remaja cina telah masuk ke sebuah kedai makan sambil menggalas sebuah beg, lalu singgah di beberapa meja makan, tanpa dipelawa duduk, kelihatan beliau tabah bercerita kepada beberapa pelangggan kedai makan akan movie terkini di pawagam lalu membuka beg dan mengeluarkan beberapa keping DVD, rupa-rupanya remaja cina tu adalah lanun cetak rompak DVD haram.

Setelah berjaya menjual beberapa keping DVD dengan harga RM6 sekeping kepada beberapa pekerja kilang yang sedang makan nasi goreng, beliau mendekati sebuah meja yang di duduki oleh seorang pakcik berserban hijau yang sedang makan roti canai.

“Hello, Pakcik, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”

Pakcik tu menghabiskan kunyahan roti canai lalu menelannya, kemudian hirup air teh tarik perlahan lahan lalu bersuara.

“Kalau kau ada movie tanpa pelakon perempuan, baru pakcik sanggup beli”

Pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:

“Kenapa pakcik tak nak tengok perem,puan? Mereka semua cantik cantik maa..”

Pakcik tu ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.

“Sebab aurat wanita tu haram!, tengok aurat wanita boleh buat pakcik masuk neraka! Kalau takde movie tanpa pelakon perempuan, baik kau blah!”
Aurat? Haram? Apa ni, bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.

“Ha, ni cerita yang pakcik cari, tak de pelakon perempuan jadi heroin.., confirm!”

Pakcik tu belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.

“Saving Private Ryan? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan di tugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya semua mati?, takde perempuan? Kau jangan tipu pakcik, comfirm ada perempuan, babak mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya, babak kerani tulis surat mati sebelum pos pada mak Ryan, tu semua aurat tu, haram!."

“Cerita ni pulak pakcik”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.

“Ni cerita apa? Reservoir Dogs? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah rompak kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak mereka makan kat kedai, casher kedai tu perempuan, makcik gemok yang tembak mereka lepas rompak kedai itupun perempuan”.

“Cuba yang ni pulak pakcik, Shawshank Redemption.”


"Kisah orang masuk penjara kena liwat? Sebelum masuk penjara ada babak dia dengan isteri dia, perempuan, lepas tu waktu negro keluar penjara jaga kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, haram!"

“Haiya, ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap pakcik suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan , semua lelaki. Ini movie baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy.”

Pakcik tu pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.

“Top Gun 2?”, hmm, pakcik tak pernah tahu ada filem hollywood tanpa pelakon perempuan, bagus, pakcik beli.

Malam tu, pakcik tu pun dengan tak sabarnya ajak anak bini menonton filem Top Gun part two, sebuah filem tanpa pelakon perempuan., semangat sungguh pakcik ni mempromosikan filem ini pada anak bini suruh tengok betul betul takut ada kelibat pelakon perempuan, (jika ada, boleh claim ganti rugi) al maklumlah, tengok aurat perempuankan berdosa, tak gitu?

Malam tu pakcik tu mati serta merta depan TV sebab beliau ada penyakit jantung, apa taknya, filem tu rupanya filem:

“Gay Pornos”
Woha!

Nota kaki : Di akhir zaman, manusia tidak dapat lari daripada dosa, seperti orang yang berjalan menharung air tanpa mengharap setitik basah, sedang pasti kamu akan kebasahan, mengakulah dosa masing masing dalam taubat hari ini, tinggalkan fatwa kaum kera kepada mereka yang ingin senasib kaum kera sahaja.

kredit pada : keretamayat.blogspot.com

Selasa, 6 September 2011

Pengsan bila mau balik kampung [Episod 2]

 (Karim termenung mengenang kisah lalu sambil membaca mesej2 dari Ros yang disimpannya)
(Gambar hiasan)

Wadi memanggil kawannya yang menunggu di luar rumah masuk ke bilik. Resah suara wadi menyebabkan kawannya dapat mengagak tentu karim pengsan lagi. Setibanya di bilik kelihatan wadi dan kawan serumah karim sedang menyapu air ke muka karim. "Baru tadi elok je, dia dengar kereta masuk rumah..lepas tu dia masuk bilik nak ambil beg pakaian..terus jadi macamni,"beritahu kawan serumah karim tercungap-cungap berdebar. kebetulan malam itu kawan serumahnya itu tidak bekerja.

"Aku rasa karim ni lain la,"tiba-tiba kawan wadi meluahkan perasaan tidak sedap hatinya. "Lain apa, ish kau ni buat aku takut la,"wadi segera memotong. Takut benar dia membayangkan karim terkena sihir atau gangguan makhluk halus. "Kita bawak je dia ke hospital," wadi memutuskan untuk membawa sahaja karim ke hospital kerana baginya kejadian kali ni sama sahaja kejadian tahun lepas. mungkin ada benarnya karim mengalami keletihan akibat kekurangan air dalam badan. apabila doktor memasukkan air ke dalam badan, karim serta merta pulih. pada wadi perkara ini tiada kaitan dengan ilmu hitam atau pun gangguan.

"Karim tak bagi bawak dia ke hospital,"tiba-tiba kawan serumah karim bersuara bagai menyimpan satu rahsia. Wadi dan kawannya memandang wajah kawan serumah karim itu dengan penuh tanda tanya. "Kenapa..,"wadi bertanya ringkas tapi raut wajahnya jelas takut untuk mendengar jawapannya. Lalu kawan serumah karim itu menceritakan semuanya.

Karim selalu menceritakan kisah antara dia dan ros kepada kawan serumahnya saiful. Jika keluar dating atau keluar makan bersama ros karim akan tetap memberitahu saiful. sekurang kurangnya ada seseorang yang tahu ke mana dia pergi. Suatu hari karim telah menceritakan bahawa ros pernah berkata tidak mahu berpisah dengannya. Ros tidak akan sesekali membenarkan karim pulang ke kampung. Walaupun ros mengucapnya sambil berseloroh karim merasa tidak sedap hati. Perasaan itu semakin menjadi-jadi sewaktu dia mengambil cuti rehat awal sehari untuk balik berhari raya. Sewaktu dia mengemas pakaian ke dalam beg dia seolah perasan ada bayangan wanita di sebelahnya.

Bayangan itu seperti bayangan ros yang kelihatan sangat marah kepadanya. Bayangan itu pernah muncul sewaktu dia mengemas pakaian untuk balik berhari raya pada tahun lepas. Lalu dia segera keluar dan mendapatkan saiful yang sedang menonton tv di ruang tamu. Dia menceritakan peristiwa yang berlaku dan berpesan kepada kawannya itu jika dia pengsan jangan bawanya ke hospital. Bawa sahaja dia balik ke kampung kerana dia telah berjanji dengan ibunya untuk pulang beraya tahun ini. Saiful tidaklah percaya sangat dengan cerita karim itu, namun dia faham karim terlalu ingin pulang ke kampung berhari raya.

Berdiri juga bulu roma wadi mendengar cerita kawan serumah karim itu. Namun untuk tidak menghampakan hasrat kawannya itu wadi dan kawan sekampung yang lain membawa juga karim pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan selama 8 jam itu memang karim kaku tidak bergerak. Risau juga wadi dan kawan-kawannya jika karim meninggal dan mereka disalahkan kerana tidak membawa karim segera ke hospital.

Karim termenung di tangga rumah mengenangkan peristiwa yang telah berlaku kepadanya. Sudah hampir sebulan peristiwa itu berlaku. Selepas karim di bawa pulang ke kampung memang keadaannya semakin parah. Badannya menggigil-gigil ketakutan namun matanya tetap terpejam bagai orang yang nyenyak tidur. Dia di bawa ke kota bharu berubat dengan 3 orang ustaz. Upacara perubatan itu dilakukan bersama-sama oleh 3 orang ustaz tersebut bagai melawan suatu kuasa yang kuat. Bumbung rumah yang setentang dengan tempat karim terbaring terkopek dan terbang bagai dirempuh suatu kuasa yang kuat. Mungkin gangguan yang mengganggu karim lari bertempiaran kerana tidak tahan diserang berterusan dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh 3 orang ustaz tersebut.

Karim langsung tidak sedar apa-apa sepanjang seminggu dia terlantar sakit itu. Namun apa yang dia ingat sewaktu sedang terlantar itu bayangan wajah ros muncul menangis kerana terpaksa berpisah dengannya. Kenangannya bekerja di KL dan berjumpa dengan ros tetap menjadi ingatannya sehingga hari ini. Selepas pulang ke kampung hari itu dia tidak lagi meneruskan kerjanya di KL. Saiful ada juga menyampaikan berita mengenai ros yang tidak lagi bekerja di kilang lamanya itu. Ros telah berpindah ke kilang lain dan mungkin akan menemui jejaka pilihan hatinya yang lain pula.

Kredit : ceritarakyat2u

Pengsan bila mau balik kampung [Episod 1]

(Mungkin secantik inilah wajah Ros gadis bali yang Karim ceritakan)

Karim menumpang rumah sewa Wadi kawan sekampungnya. Dia baru saja sampai di kuala lumpur dari kampungnya kelantan. Jauh perjalanan langsung tidak dirasainya. Dia nekad meninggalkan kampung selepas menamatkan zaman persekolahannya. Result SPMnya yang kurang power menyebabkan dia tiada pilihan selain mengembara ke kuala lumpur untuk mencari pekerjaan. Lagi pula sudah ramai kawan sekampungnya bekerja di kuala lumpur. Duduk di kampung juga berasa bosan kerana ramai kawan sudah tiada di kampung. Cuma di hari raya sahaja kampungnya jadi meriah kerana semuanya balik beraya. Masing-masing pulang beraya dengan penuh gaya, ada yang membawa balik kereta dan penampilan diri yang bergaya dan moden. Ini menyebabkan karim sentiasa menyimpan angan-angan untuk bekerja di KL.

Dipendekkan cerita karim mendapat kerja di sebuah kilang selepas 2 hari berada di KL. Namun dia terpaksa menyewa rumah lain kerana kilangnya jauh daripada rumah sewa Wadi. Karim tidak kisah janji dia mendapat kerja. Lagi pun bila hujung minggu tidak bekerja dia masih boleh ke rumah wadi untuk lepak bersama-sama.

Karim melapor diri untuk bekerja keesokan harinya. Supervisornya menunjukkan tempat kerja dan memberi taklimat serba sedikit mengenai kerjanya. Selepas itu supervisor meninggalkan karim dan karim terus mulai kerjanya. Pada mulanya karim agak kekok namun Rosli seorang pekerja lama yang bekerja disebelahnya membantu menyebabkan kerjanya menjadi mudah. Dia tidak sempat berborak lama dengan rosli kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Bekerja di kilang memang tiada masa untuk melahu.

Sambil bekerja karim terlihat ada wanita cantik yang bekerja sama di bahagiannya. Wanita tersebut memerhatikannya dan mengukir senyuman menggoda. Rupanya wanita tersebut dari tadi lagi telah memerhatikan karim. Wanita tersebut walaupun sedikit berumur namun masih lagi cantik. Karim sekali sekala bermain mata dengan wanita yang belum dikenalinya itu, pada kiraannya wanita itu berumur dalam lingkungan 28-30 tahun iaitu dalam 10 tahun beza umur dengannya. Selayaknya wanita tersebut menjadi kakak sahaja kepada karim.

Jam 10 pagi loceng rehat berbunyi dan semua pekerja bergegas keluar untuk makan dan rehat. Kantin kilang dengan pantasnya dipenuhi orang. karim malas untuk berebut membeli makanan lagipun dia masih lagi terasa kenyang, cukuplah dengan bekal air nescafe yang di bawanya dan menghisap sebatang rokok di belakang kilang tempat parking motosikal.

"Tidak pergi ke kantin?"tegur seorang wanita. Karim yang sedang duduk di atas bangku motornya segera berpaling. Ternyata wanita yang menegurnya itu adalah kakak cantik yang bekerja di bahagiannya tadi. "Tak kak, saya tak lapar lagi. Ramai sangat kat kantin tu." jawab karim tersenyum. Dari dekat memang kakak itu kelihatan lebih cantik, badannya memang seperti anak dara yang masih mantap. "Jangan dipanggil kakak, panggil saja Ros,"kakak itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan karipap kepada karim. Daripada percakapan ros, karim tahu dia bukan orang tempatan. "Ros orang mana?" karim tidak menolak karipap yang diberi. "Ros orang bali, datang jauh bekerja di Malaysia,"jawab ros sambil ketawa perlahan. Karim sangat terpesona melihat senyuman ros itu. Ingin saja dia melamar ros sebagai aweknya.

Masa rehat telah tamat. Walaupun sekadar 10 minit rehat, karim sempat berbual banyak perkara dengan ros. Tentang kampung halaman, tentang rumah sewa dan lain-lain. Karim merasa gembira mendapat kawan-kawan baru di hari pertama kerjanya. Sekurang-kurangnya stresss kerja dapat dihilangkan bila berborak dengan kawan-kawan.

Hari-hari berlalu sudah genap 5 bulan karim bekerja. Pada awal dulu sering juga dia berkunjung ke rumah wadi apabila hari minggu. namun sejak mula keluar dating dengan ros, karim tidak pernah ada masa lagi untuk melepak bersama kawan sekampungnya itu. Wadi tidaklah tahu mengenai hubungannya dengan ros namun wadi juga tidaklah kisah samada karim datang melepak atau tidak ke rumahnya. Hubungannya dengan ros semakin mesra seperti pasangan kekasih. Namun karim sekadar menganggap ros tidak lebih dari seorang kawan dan kakaknya. Walaupun ros itu cantik tidaklah bermakna karim ingin mengambilnya untuk hubungan yang lebih serius. Umurnya baru sahaja 18 tahun ingin berkasih dengan wanita seusia mak saudaranya tidak mungkin. Tambahan pula karim sudah ada buah hatinya di kampung, Leha anak pak cik mail tongkeng yang seusia dengannya.

Cuti persekolahan telah tiba. Wadi mengajaknya memohon cuti untuk balik ke kampung bersama. Wadi selalunya balik ke kampung 2 kali setahun iaitu pada waktu cuti sekolah dan cuti hari raya. Pada waktu ini ramai kawan-kawan dan sanak-saudara berkumpul. Namun karim memberitahunya bos kilangnya tidak meluluskan cuti dan berjanji akan balik hari raya bersama wadi nanti.

Ros sangat gembira kerana karim tidak jadi balik ke kampung. Sebenarnya ros lah yang memujuk karim supaya tidak mengambil cuti. Ros sangat sedih bila karim memberitahunya ingin balik ke kampung bercuti. Karim tidak sampai hati melihat wajah manis ros sedih lalu menipu wadi dengan memberitahu cutinya tidak diluluskan. Sikap karim yang terlalu mengikut kehendak ros itu memang pernah ditegur oleh rosli namun karim tidak menghiraukannya.

Kini sudah hampir tiba hari raya. Karim sangat teruja untuk pulang berhari raya. Dia sudah pun berpakat dengan wadi dan kawan sekampungnya yang lain untuk konvoi pulang berhari raya. Seperti biasa ros bersedih dan memujuknya supaya tidak balik ke kampung. Namun kali ini karim berkeras untuk pulang juga. Mana mungkin dia tidak balik di hari raya.

Malam itu karim mengemas pakaiannya. Tidak sabar dia menunggu wadi datang mengambilnya. Wadi berjanji mengambilnya pada jam 10 malam. Tidak lama kemudian kedengaran kereta sampai di rumah sewanya. Kedengaran suara wadi melaung memanggil namanya. Namun karim tidak menjawab. Wadi dan seorang lagi kawannya masuk ke rumah karim lalu menuju ke biliknya. kelihatan karim terbaring dengan beg pakaiannya masih berada di tangannya. Wadi sangat terkejut dan hilang arah mengenangkan sahabatnya tiba-tiba terbaring kaku di dalam bilik sedangkan baru 5 minit lepas dia berborak melalui telefon.

Selepas dicuba dengan berbagai cara namun karim tidak juga sedar. Kawannya mencadangkan karim di bawa ke hospital. Wadi dan kawannya mengangkat karim ke dalam kereta dan membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan karim hanya pengsan kepenatan akibat bekerja dan berpuasa, tubuhnya kekurangan air menyebabkan dia menjadi lemah hanya kegembiraan untuk balik ke kampung membuat karim bersemangat namun akhirnya badannya tidak berdaya lagi dan menyebabkan dia pengsan. Karim terpaksa di tahan di wad selama 3 hari. Wadi lega mendapat tahu kawannya itu tidak apa-apa. Wadi dan kawan-kawannya yang lain terpaksa juga balik ke kampung tanpa karim.

Karim telah pun sihat semula. Selama 3 hari di hospital dia merasa sangat bosan dan sedih. Bosan kerana dia merasa dirinya sihat tanpa sakit apa-apa namun doktor tidak membenarkannya pulang. Sedih kerana tahun ini adalah hari raya pertama dia tidak dapat beraya di kampung. Hari raya ke-4 karim beraya dengan ros di badanraya KL sahaja. Ros memujuknya bersabar sahaja dengan kejadian itu.

Hari demi hari berlalu karim meneruskan kerjanya seperti biasa. Karim sangat rajin bekerja dan selalu membuat OT. Duit simpanannya semakin bertambah. Kerjanya semakin terasa ringan setelah mengenali lebih ramai kawan yang bekerja bersama. Si sahak adalah rakan OTnya. Sahak merupakan seorang yang gila OT, katanya dia ingin membeli motor 125 yamaha. Selepas mengenali sahak itu lah karim sering kali melakukan OT.

Setahun berlalu akhirnya hari raya tiba lagi. kali ini karim betul-betul menjaga minumnya dan mengurangkan kerja agar dia tidak lagi pengsan kepenatan seperti tahun lepas. Malah dia mengambil cuti sehari sebelum balik ke kampung untuk berehat di rumah. Seperti biasa wadi datang mengambilnya di rumah. Apabila sampai di rumah sewa karim wadi tidak melaung namanya tetapi terus masuk meluru sahaja ke biliknya untuk membuat surprise. Namun kali ini wadi sekali terkejut melihat badan kaku karim terbaring di dalam biliknya.

Bersambung...


kredit : ceritarakyat2u