Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya...

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya




anak pak abu tu naik tractor ler bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yg puasa ja


Jumaat, 26 Ogos 2011

3 lelaki pakistan, 3 lelaki india

Teringat suatu masa dahulu time aku naik keretapi nak balik raya sbb tiket bas habis. ada jumpak sorang brader nih. cool je cara dia cakap. sembang punya sembang, dia ada crita kt aku satu kisah. Lama kelamaan baru aku tau kisah yg dia crita kt aku tu rupanya dia baca kt internet je. ceh! begini kisahnya setelah aku pun kopi paste je dari internet. tak ingt dari mana...


Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England
dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah
seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu
tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut
dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat
menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak
di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Tokkura : malas nak buat cerita sendiri, kopi crita kt internet la senang. janji ada entry. woha~

Rabu, 24 Ogos 2011

Ayah Membelah Tembikai Dalam Kenangan



Teringat aku suatu kisah yg sampai hari ini aku tak boleh lupakan. Peristiwa semasa umurku 5 tahun. Suatu hari bonda aku membeli sebiji tembikai. Aku lihat dengan mata aku sendiri mak aku sory..bonda aku membimbit tembikai itu ke dapur kemudian meletaknya ke dalam peti ais Toshiba di rumahku.

Kucing aku bernama bubu mengiringi bonda aku dari pintu depan umah ke dapur mengiau-ngiau kerana menyangka bonda aku membimbit ikan. Entah kenapa ketika ibu..sory ketika bonda aku ingin menutup pintu peti tiba-tiba peti itu tidak dapat ditutup. Rupa-rupanya tembikai tadi tidak muat untuk diletak di dalam peti. Aku memerhati dari jauh bonda aku cuba menyusun barang-barang dalam peti supaya tembikai yang baru dibeli itu boleh disimpan. Susah juga aku tgk bonda aku berhempas pulas utk meletakkan tembikai tersebut. Thunder Cat ooooo...bunyi musik cerita katun thunder cat yg aku tunggu dari tadi dah mula tiba-tiba membuatkan pandangan aku yg dari tadi ralit melihat bonda aku dan tembikainya teralih ke televisyen.

Seronok betul aku dapat tgk pedang thunder cat yang boleh memendek dan memanjang tu. Kemudian aku mengalihkan kembali pandangan aku kepada bonda aku. Terkejut aku melihat bonda aku sedang memasak. Macamana dengan tembikai tadi? Tadi bukan main susah payah bonda aku hendak memasukkannya ke dalam peti tiba-tiba dalam sekelip mata sahaja bonda aku dah dapat masukkannya dan sekelip mata juga bonda sedang memasak pula. Aku menjadi tertanya-tanya dan merasa hairan. Ke bukan bonda aku ni. Aku melihat jam di dinding, pukul 11 pagi. Biasa bonda keluar ke pasar jam 10 pagi dan balik dalam 11.30 pagi.

Dengan tidak semena-mena bulu roma aku meremang. "Bonda..," aku cuba menguji adakah benar org yg sedang memasak itu adalah bonda aku atau tidak. "Kenapa seful dah lapar ke, jap la bonda masak ni," aaah lega aku kalau bukan bonda aku mesti dia diam tak bercakap apa-apa. Abg seman jiran sebelah umah aku penah cerita hantu tak boleh bercakap.

Aku suka dengar cerita hantu dari abg seman, abg seman sudah darjah 3 sebab itu dia banyak cerita hantu yang dia dapat dari kawan-kawan sekolahnya. "Macamana bonda masukkan tembikai tadi? Tunjuk la smula seful xsempat tgk td." Bonda aku melangkah ke peti ais lalu membukanya dan mengambil 3 biji lada kemudian dihirisnya dan dimasukkan ke dalam kuali. Laaa ingatkan nak tunjuk cara memasukkan tembikai tadi. A'ah yee baru terlintas aku tak nampak pun tembikai tadi dalam peti semasa bonda membukanya. Pelik tu. Dengan penuh tanda tanya aku pergi sendiri membuka peti ais. Eh..ada je tembikai tu kat bawah sekali mungkin aku tak nampak tadi.

Aku mengambil sebijik sumi dan menutup kembali peti ais. Terkejut aku sewaktu menutup peti kerana di belakang pintunya berdiri satu lembaga hitam dengan gigi menyeringai. Tiba-tiba lembaga itu ketawa berdekeh-dekeh yang rupanya abg seman menyakat aku. Abg seman datang nak menonton thunder cat bersama aku. Nasib baik seful tak tumbuk tadi kata aku marah kepada abg seman. Ye la tu nak tumbuk, aku nampak mcm nak lari je takut ketawa abg seman lagi. Bonda aku tersenyum je melihat telatah kami berdua lalu bonda menyuruhku memberi sumi juga kepada abg seman.

Setelah memberi sumi kepada abg seman kami pun pergi menonton thunder cat meninggalkan bonda memasak di dapur. Kerana disakat abg seman dan asyik dengan cerita thunder cat aku telupa utk menyiasat bagaimana bonda dapat memasukkan tembikai ke dalam peti tadi sehinggalah ke malam hari. Sewaktu makan malam ayah mengambil tembikai dalam peti ais barulah aku teringat kembali. Ayah mengambil pisau lalu membelah tembikai dan kami sekeluarga menikmati keenakan buah tembikai dengan bahagia. Sehinggalah hari ini aku tidak dapat melupakannya, terima kasih ayah kerana membelah tembikai untuk saya.

Kredit to : ceritarakyat2u.blogspot.com

Rabu, 17 Ogos 2011

Sebuah Cerpen Kehidupan

 Asyik layan cerita merepek je, skali skala, layan crita yg menginsafi pulak.. cerita ni bukan aku yang tulis, aku cuma copy bulat-bulat je.. semoga penulis sebenar tak marah aku cilok karya dia, sumbat dalam ni.. hehe..


      Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tanganmemberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau.


Perempuan serperti Ery, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut di sambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta, aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.Aku hempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini."Tolol!".


Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir."Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur." Assalammualaikum Nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkandadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan." Basuh sajalah, tapi, awas. Kalau calar kereta aku.
Tahulah macamana aku nak ajar kau."Berkata sambil meliarkan mata pada Ery. Tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terbuka di rumah itu di tutup rapat.Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih.


        Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkankahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu.cerdik sungguh.!

" Sudah nak"

Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak tengok, dan bagi sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemeja.

"Kenapa ni? Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu.



Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku pandang sahaja dengan kosong.Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.


Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit ,melayan meluat- melihat ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia bolehmembeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.Dengan rasa ragu, aku menghampirinya.Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik, Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang banyak macam ini?"

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami.
Ambillah ini semula.Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik.Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yangberpura-pura susah?Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali.
Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.Harga diri.
 

Penulis  : aini zinnirah
Sumber : halaqah.net

Nota kaki : "Be Happy with your present life.It doesn't mean anything if you're able to be like your idol.What's more important is to be yourself and be grateful with God's gifts to you.That's the best way to appreciate life!Yesterday is history,tomorrow is mystery, today is a gift......"
Share this topic on Facebook

Selasa, 16 Ogos 2011

Hikayat Bengong Malasbaca

      Suatu masa dahulu, terdapat seorang putera raja yang sangatlah hensem. Sudahlah hensem, kacak pula. Jika disamakan antara putera raja dengan, M. Daud Kilau, muka putera raja jauh lebih berkilauan. Hendak dijadikan cerita, berjalanlah dia ke sebuah negeri merantau memenuh ilmu di dada. Pada waktu itu, sudah tentu belum wujudnya bas, apatah lagi teksi. Yang ada hanyalah LRT dan komuter sahaja. Sedang dia berjalan terjumpalah dia dengan seorang puteri yang sangat cantik. Puteri itu sedang berlawan dengan seekor naga. Naga itu tidaklah hensem dan tidak pula cantik.
 
Tampa memberi salam, Sang putera hensem itu segera mencabut pedangnya dan melibas kepala naga itu hingga terpenggallah ia kepada dua. Puteri cantik berterima kasih kepada sang putera. Tergugur jantung sang putera melihat kecantikan puteri tersebut.

Sang putera memegang jemari manis puteri jelita dan memohon izin untuk mengahwininya.
Lalu puteri jelita menolak permohonannya dan berlari kembali ke istana.

Akhirnya sang putera hensem itu hidup dengan bahagianya dengan mempunyai awek yang ramai, lepak kedai mamak dengan kengkawan sehingga subuh, pergi karaoke, bermain facebook dengan gadis-gadis dan beryahoo mesengger sehingga lebam tanpa kokongan dari puteri jelita.

-tammat-

Nota Kaki - kisah benar pengalaman diri sendiri. hahaha~

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca

Pada suatu hari di tahun 60'an ada sebuah kampung di Utara Malaya. Kampug ni tak dak bekalan karen dan ayaq.Kat kampug tu tinggailah sebuah kuarga yang miskin, iaitu awang dan mak dia,Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui2 utk masa depan yag lebih vogue & anggun.

Apabila menyedari kemiskinan yg ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah brjaya dalam pelajaran. Dengan kelulusan yang ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nk tinggai Cik Kiah sorang2. yalah takut gak nanti orang tackel mak dia..sapa susah?dia gak nanti yg susah tak pasai2 dapat bapak tiri.

."Mak,bolehkah Cek pi keja kat Penang tu?" kata Awang.."La, kalau kat mak hang nk risau tak payahla.Klu stakat makan pakai tu bkn mak tak tau nak buat, hang pi la,untuk masa depan hang gak,"balas maknya. "Lagipun bukan senang woo nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian woo"kata maknya bangga..Maka degan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. 
Di sana gomen dh sediakn tempat tinggai (kuarters) untuk dia.Berbeza dgn keadaan di kampug dia, segala infrastruktur yang lngkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu."Wah selesanya "kata Awang."Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni "bisik Awang. 

Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia.Balik brcuti la tu.Sampai saja di rumah, mak dia melompat2 tengok anak dia degan dressing yang agak moden dan brgaya over(culture shock la ni). Kerinduan Awang degan mak dia pun terubat setelah depa bejumpak."Mak,siok la dok kt Penang, macam2 ada. Mak tau dak kt sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca "kata Awang mengklentong mak dia."Apa dia? ayaq dalam besi, api dlm kaca?Awang oi hang bawak la mak pi tengok, teringin sangat mak nak tengok benda2 takjub macam tu "kata mak dia tergedik2 dan sugguh2. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. 

Seronoknya Cik Kiah tak terkata almaklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam2 yag ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh2 Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak2 Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang ada radio, ada kusyen dan lain2. Woih memang seperti yang pernah dicerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla..Cik Kiah dengan semua benda2 tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kt semua orang kampung" bisiknya.

"Eh Awang hang kata nk tunjuk kt mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia?"bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik2. "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik2 satni meletup pulak kaca tu "kata Cik Kiah dengan nada yang takut2 tp terpesona."Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah2 pasang pelita bila malam "kata Awang meyakinkan mak dia. 

Oh kini tanda tanya Cik Kiah tentang api dalam kaca sudah terjawab."Awang oi..tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana plak? "kta Cik Kiah tak sabaq2. "Tu ha,ayaq dalam besi tu "tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia."Oh ayaq dok dlm besi ni, jadi takyah la mak susah2 cedok ayaq kat telaga noo?" kata Cik Kiah semakin bangga."Eh mak,Cek lapaq la,la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la",kata Awang..

Setengah jam kemudian baliklah Awang dgn bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka? "tnya Awang." Dah" jawab Cik Kiah."Ni nk tnya hang satu bnda ni,awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau? "tnya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah mcm ni? kat kmpng kita ada la "tanya Awang. "Ni apa dia? bukan ka tu telaga kecik? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nk ambik ayaq nanti "kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. Laa Usurpadora.. Awang seakan2 terpengsan bila mendengar penerangan mak dia.Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu"

Nota kaki : gua bangga dengan dialek utara.

kredit kepada penulis asal crita ni yg gua pun xtau sapa. gua edit sikit2 je.. hehe..