Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya...

Jumaat, 17 Jun 2011

Kisah Seorang Nelayan





Memandangkan aku dah hampir dua bulan cuti, maka pelbagai lapisan orang lah tanya padaku.. Buat apa sekarang? keja kat mana? dan pelbagai soalan yang mempunyai maksud yang sama. Maka dengan senyum seperti kerang busuk aku menjawab... Tanam anggur la bro.. satu jawapan yang mempunyai "double meaning" tapi dipahami oleh segenap rakyat malaysia. haha..

Orang yang paling bising tentang hobi tanam anggur aku ni pastinya emakku. Ye la kalau dah isi minyak moto pun pau dia. haha.. Akibat dari tak tahan dan pedih telinga  ni kena bebel, maka aku pun mendapat satu idea lalu bercerita satu cerita padanya.. kisahnya begini...  

Suatu hari, seorang usahawan sedang berkelah bersama keluarganya di sebuah kampung nelayan. Dia merasa terganggu apabila melihat seorang nelayan sedang berehat-rehat di bawah pohon kelapa.
“Pakcik, kenapa pakcik tidak turun ke laut?”
“Pakcik sudah turun ke laut semalam dan pakcik perlu beristirehat.”
“Kalau pakcik turun ke laut lagi, pakcik akan dapat menangkap banyak ikan.”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh mengumpulkan wang untuk membeli sebuah perahu.”
“Lalu … ?”
“Dengan perahu itu, pakcik tak perlu lagi menyerahkan sebahagian pendapatan pakcik kepada tuan punya perahu.”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh mengumpulkan banyak wang untuk membeli perahu kedua …”
“Lalu … ?”
“Dengan dua perahu, pakcik boleh mengumpulkan banyak wang dan seterusnya pakcik boleh membeli perahu ketiga, keempat dan seterusnya …”
“Lalu … ?”
“Jika perahu pakcik sudah banyak, pakcik boleh menyewakan perahu pakcik kepada nelayan-nelayan lain sehingga pakcik tidak perlu lagi turun ke laut …”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh hidup tenang dan bersantai sepanjang masa …”
Nelayan itu tersenyum lalu berkata, “Menurut Encik, apa yang Pakcik tengah buat sekarang?”


Setelah selesai aku bercerita pada mak aku, mak aku pun... 
hahaha.. malas dah nak tulis. Lu pikir la sendiri~~


Nota Kaki - aku tak la malas sangat sampai tak keje langsung.. ada je aku keja kat ciber cafe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ikut suka hati la nak komen apa.. janji anda bahagia..