Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya...

Sabtu, 25 Jun 2011

Bersih 2.0





Pada mulanya aku macam tak setuju dengan perhimpunan macam ni. Macam banyak negatif dari positif. Contohnya bila kita sertai perhimpunan yang tak dapat permit dari kerajaan ni, kita akan :
1) kena tangkap polis.
2) kena belasah dengan FRU
3) kena sembur dengan gas pemedih mata
4) kalau jatuh, kena pijak degan orang ramai.
5) tempat sesak, panas. baik duduk rumah tidoq.

dan bermacam-macam lagi perkara negatif yang dicanang di tv dan surat khabar.
Jadi, mengapa masih ramai yang sanggup turun menyertai perhimpunan ini walaupun semua telah sedia maklum bakal menerima perkara-perkara negatif seperti diatas??
Mengapa masih ramai menyokong bersih walaupun pelbagai usaha kerajaan dibantu oleh pihak polis bagi menakut-nakutkan rakyat dari menyertai perhimpunan itu??

Jawapanya adalah rakyat sekarang tidak bodoh. Rakyat sekarang dah pandai menggunakan hak masing-masing. Tidak lagi takut dengan ugutan-ugutan yang selalu disiarkan di tv. Nampaknya kerajaan perlu lagi bijak sebab rakyat dah tak peduli dengan provokasi kerajaan melalui media sekarang. dah nampak sangat berat sebelah, sapa nak percaya. Bangang! hahaha..

Apa yang aku tahu, Bersih ni bertujuan bagi meminta pilihan raya yang bersih dan adil. Mula-mula aku sangsi jugak, nak ke SPR tu dengar dan ikut? Macam tak je. haha.. Lama-lama baru aku sedar yang perhimpunan ni rupa-rupanya bukan untuk itu sahaja. Perhimpunan raksaksa begini mampu membuka mata semua orang tentang kuasa rakyat. Seluruh dunia akan kagum dan menyokong tindakan ini. Yang tak sokong, media-media tempatan je sebab semua tu kaki bodek dan dibayar. haha..

Bagi aku, biarlah rakyat memilih apa yang mereka nak. Baru negara demokrasi. Jangan la nak sekat. Dah la sekat, ugut pulak tu. Hampeh betul. kalau tiada ganguan, pasti takkan ada masalah punya. Ni dah geng-geng FRU sembur dengan gas. Memang la jadi kecoh. Semua orang boleh fikir. Meriah apa kumpul ramai-ramai. Tu pun nak dengki. Buat la apa cara sekalipun, perhimpunan ini pasti mendapat sambuatan. Rakyat sekarang dah berani. Yang kelihatan takut, kerajaan. sebab hari-hari keluar berita ugut orang supaya jangan sertai perhimpuanan ni. 

Aku malas nak sentuh lebih-lebih pasal hal politik ni. Apa yang dapat aku rumuskan, Perhimpunan Bersih 2.0 ni adalah satu usaha yang berani dan bijak bagi membuka mata dunia tentang suara rakyat yang mahukan keadilan. Negara-negara lain dah lama buat. Tahniah buat negara kita kerana menuju ke arah itu. Semoga kita tidak terus ditindas.  

RAKYAT KE DEPAN!



Nota Kaki : sesekali kena sembur air dengan polis pun best.

Rabu, 22 Jun 2011

Ramli Dan Budak Jual kuih.

Puas rasanya seminggu bercuti di kampung halaman. Hilang segala tekanan kerja. Ramli beberapa kali menguap. Perutnya juga belum diisi pagi ini. Mana tidaknya selepas sahaja solat subuh, cepat-cepat ramli memanaskan enjin keretanya untuk pulang ke kuala lumpur. Balik lambat, panas pula katanya. Beliau lebih selesa memandu waktu pagi berteman cuaca yang masih dingin. Perjalanan dari kulim ke kuala lumpur mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah. Pkl 10.30 sampailah dia ke kuala lumpur. Begitulah ramli mencongak perjalananya..

Akibat dari perutnya meronta-ronta meminta sarapan pagi, ramli pun mengambil keputusan untuk singgah di ipoh. Ibu negeri perak. Jam pada waktu itu, lebih kurang pukul 8.30 pagi. Ramli pun singggah di sebuah restoran lalu memesan 5 keping roti telur dan segelas teh tarik. Agak pelahap juga ramli ini walaupun badanya kelihatan kurus. Kawan-kawan pejabatnya juga hairan, kemana perginya semua makanan yang dimakan oleh ramli? Adakah badanya tidak menyerap segala lemak-lemak di dalam makanannya? Sedangkan takkala ramli makan, dia akan mengalahkan kuantiti makanan 3 orang rakan-karanya. Mungkin itu kelebihan ramli yang tidak ada pada orang lain.

Mamak restoran itu senyum sinis setelah mengambil pesanan dari ramli. Mungkin beliau berfikiran lucu melihat fizikal ramli yang kurus melidi sedangkan cita rasa bagai anak gajah gamaknya. Ramli pula sedang membelek-belek surat khabar di mejanya. Tiba –tiba datang seorang budak kecil berusia lingkungan 10 tahun menegurnya..

‘’abg nk beli kuih?’’ katanya sambil tersenyum manis kearah ramli lalu ia segera menunjukkan raga yang dibawanya.. ‘’karipap ada, donat ada,’’ tambah budak itu lagi.
‘’tak apalah dik.. abang dah pesan makanan’’. Balas ramli sambil membalas senyuman kanak-kanak itu.
Kanak-kanak tersebut pun berlalu setelah 5 keping roti telur ramli tiba. mamak tersebut masih lagi senyum sinis pada ramli. ‘’selamat menjamu selera’’ katanya pendek.
Sambil membaham sarapannya, ramli pandang sekeliling. Kelihatan budak tadi masih berlegar-legar di situ. Budak itu menghampiri sepasang suami isteri. Nampaknya mereka juga tidak mahu membeli. Budak itu pun menuju ke pelanggan seterusnya. Juga menolak. Seterusnya juga, masih tiada yang sudi membelinya. Namun kelihatan kanak-kanak itu masih mengukir senyuman pada setiap orang di kedai tersebut.

‘’abang dah makan, taknak beli kuih saya?’’ katanya selamba sambil menghampiri meja ramli.
‘’abang baru lepas makan dik.. kenyang lagi perut abang ni’’ kata ramli sambil menepuk-nepuk perutnya. Jika hendak disumbat beberapa ketul karipap, mungkin muat lagi, namun ibunya sering berpesan agar tidak makan banyak. Mungkin 5 keping roti telur tidak banyak bagi ramli.
Kanak-kanak tersebut berlalu menghampiri pelanggan lain.. ‘’nak beli kuih saya kakak?’’ nak beli kuih pakcik?’’ nak beli kuih makcik?’’ kata budak tersebut pada setiap orang yang lalu lalang di hadapan kedai mamak tersebut sambil masih mengukir senyuman. Molek benar budi bahasa budak ini fikir ramli. Mamak di kedai tersebut pun tidak menghalang budak itu dari melakukan perniagaan kuih secara jualan langsung di kedainya. Ramli terus memerhatikan gelagat budak itu dengan perasaan kagum. Tiada tanda-tanda putus asa di dalam dirinya. Semangatnya cukup tinggi bagi budak yang sekecil itu Meskipun tiada orang membeli kuihnya.
Setelah selesai membayar harga makanan yang dipesan, ramli menuju ke keretanya. Mamak tersebut masih tersengeh-sengeh seperti kerang busuk. Bengang juga ramli pada mamak tersebut yang asyik memerlinya dari tadi. Ramli membuka pintu kereta. Belum sempat ramli menghidupkan injin, budak tadi menghampirinya. Dia menghadiahkan senyuman pada ramli. Ternyata walaupun budak tersebut agak miskin, namun beliau kaya dengan budi bahasa dan senyuman. Walaupun miskin duit, tetapi kerap bersedekah senyuman. Bisik ramli di dalam hatinya. Lalu ramli menurunkan cermin keretanya lantas membalas senyuman budak itu.
‘’abang dah kenyang tetapi mungkin abang perlukan kuih-kuih saya untuk adik-adik abang, ayah dan mak abang.’’ Kata budak itu petah sambil mengukir senyuman. Sekali lagi menayangkan bakul di tangan yang masih penuh dengan isi.

Ramli tenung wajah budak itu dalam-dalam. Bersih wajahnya walaupun pakaianya agak buruk. Timbul rasa kasihan melihat kesungguhan budak itu dari tadi mencari rezeki. Lalu ramli mencapai dompetnya lantas mengeluarkan sekeping wang sebanyak 10 ringgit. Duit itu diserahkanya pada budak itu.

‘’Ambil duit ni dik. Abang sedekah’’ budak tersebut cuba ingin memasukkan kuih ke dalam plastic namun ditegah oleh ramli. ‘’tak payah kuih tu dik, ambil duit ni ye. Abang sedekah.’’ Tambah ramli lagi. Budak tersebut mengambil wang itu lalu mengucapkan terima kasih lantas berjalan menuju ke deretan kaki lima kedai. Ramli hanya memerhati dari dalam kereta ke mana budak itu ingin pergi. Membeli keropok fikirnya dalam hati..
Alangkah terperanjatnya ramli takkala melihat budak itu menghulurkan 10 ringgit pemberiannya itu kepada seorang pengemis buta di kaki lima tersebut. Ramli yang berasa hairan, keluar dari keretanya lalu menghampiri budak itu kembali.

‘’abang nak beli kuih saya?’’ soal budak tersebut diringi senyuman yang menampakkan gigi susu kanak-kanak tersebut.

‘’ kenapa adik berikan duit itu pada pengemis tersebut?. Abang berikan pada adik. Duit tu duit adik.’’ Kata ramli tanpa menjawab soalan budak itu.

‘’ abang.. saya tidak boleh mengambil wang itu. Mak saya akan marah jika mendapat tahu saya mengemis. Kata mak, saya mesti bekerja untuk mencari rezeki. Allah kurniakan saya keupayaan tulang empat kerat untuk berusaha sendiri. Jika emak lihat saya memperolehi wang yang banyak sedangkan kuih masih belum habis, pasti dia memarahi saya. Kata mak, jangan mengemis. Pengemis orang yang tidak berupaya seperti pakcik itu. Saya masih kuat abang.’’

Ramli sebak mendengar kata-kata dari budak itu. Sekecil itu dia sudah memiliki pengangan hidup yang begitu kuat. Ramli juga berasa kagum dengan ibu budak terbabit yang mengajarnya seperti itu. Teringin benar bagi ramli mengetahui siapa ibu bapa budak kecil ini.

Tampa banyak bicara, ramli pun bertanyakan berapa semua harga kuih di dalam bakul tersebut. ‘’abang nak beli semua ke?’’ soal budak itu. Ramli hanya mampu mengangguk. Lidahnya keli tampa bicara mengenangkan ketabahan hidup kanak-kanak terbabit.

‘’25 semuanya bang.’’

Selepas budak itu membungkus kuih-kuih ke dalam plastik, ramli membayar harga kuih tersebut. Budak itu berlalu riang dengan bakul yang kosong menyusuri lorong-lorong kedai, lalu hilang dari pandangan mata ramli. Ramli menghidupakn injin keretanya dan menyambung perjalananya ke kuala lumpur.
Sepanjang perjalanan, ramli asyik menyuap kuih muih yang dibelinya tadi. Sedar tak sedar, hamper licin kuih muih tersebut ditelan oleh ramli walaupun pada mulanya agak banyak. Di dalam kotak fikiran ramli, masih terbayang senyuman manis kanak-kanak tadi. Ramli mula bertekad hendak mencari semula budak tersebut dan ingin bertemu keluarganya.. peristiwa yang berlaku tadi begitu banyak meniggalkan kesan di hati ramli. Sambil membawa kereta dengan kelajuan 120 km/j, karipap terakhir ditelan dengan hanya 3 kali kunyah……. 

Nota Kaki : Cerita ni patut ada sambungan. tapi tah la, macam malas nak buat je. haha..

 P/S, bila pikirkan balik, banyak giler kuih kalau beli rm25. tp selamber badak je si ramli telan semuanya. haha.. apa nak pelik, ramli memang kuat makan.

Isnin, 20 Jun 2011

Kisah si Ayah.

Si ayah merenung jauh ke lantai papan rumahnya. Mendongak pula ke atap. Banyak juga lubang yang membolehkan cahaya menerjah masuk lurus menghala ke papan lantai. Si ayah mengeluh memikirkan perkara itu. Hujan nanti, memang basahlah. Fikir si ayah di dalam hati. Atap zink rumah itu memang dah terlalu uzur dan terlalu banyak lubang. Namun apakan daya, Si ayah tidak mampu menyediakan rumah yang lebih selesa bagi beliau dan anaknya berteduh.

Si ayah melihat jam di dinding. Sudah menghampiri jam 1.30 tegah hari. Kejap lagi dua orang anaknya akan pulang dari sekolah. Si ayah mengesot-gesot ke bahagian dapur untuk menanak nasi. Sebelah dari kaki si ayah terpaksa di potong akbat dari kemalangan di tapak pembinaan tempat si ayah bekerja dahulu. Sekarang Si ayah hanya mempunyai sebelah kaki sahaja untuk beliau bergerak.

"Panggg!!" kedengaran bunyi basikal dihempas dengan kuat. Si ayah menjengok di luar jendela. Kelihatan Abu, anak sulung Si ayah yang bersekolah tingkatan 3, baru pulang dari sekolah. Tina, anak perempuannya juga kelihatan di situ. Tina masih kecil dan hanya bersekolah darjah 4.

"Kenapa ni Abu?" tnya si ayah. Si abu tidak menjawab sebaliknya bergegas naik dan menghepas beg sekolah ke lantai.
"kenapa ni Abu?" tanya si ayah sekali lagi. "Abang diejek rakan di sekolah tadi ayah. Budak-budak tu cakap, abang orang miskin, ada ayah cacat." Jawab tina yang juga baru naik ke rumah. "tak mengapalah Abu, biarlah orang hendak menghina kita. Kita harus sabar. biar kita di pandang hina masyarakat, namun selagi kita teguh degan perintah allah, insyaallah allah memandang mulia pada kita. Mungkin kita diuji dengan kesusahan sekarang, namun allah itu maha adil, kelak pasti allah mengurniakan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita fikirkan. Ayah tak pernah sedih kehilangan kaki, tak pernah sedih dengan kemiskinan kita. Sebab ayah sedar allah dah beri ayah sesuatu yang paling beharga melebihi harta dunia yang ada, iaitu Abu dan Tina."

Mendengar kata-kata si ayah tadi, Abu kembali tenang. dikesatnya air mata yang mengalir membasahi pipinya. Ditenung pula mata si ayah dalam-dalam. Mata si ayah juga sudah mula berkaca. "Sudah lah Abu, Tina, mari kita makan" kata Si ayah, bagi menghalang air matanya jatuh. Ayah sepertinya mana boleh Menangis depan anak-anak. Perlu sentiasa tabah. Fikir Si ayah di dalam hati. Maka, mereka tiga beranak pun makan nasi berlaukkan garam dan berkuahkan air suam sahaja. Itulah menu harian mereka. Jika bernasib baik dapatlah mereka berlaukkan ikan jika bubu yang ditahan si ayah mengena. Hendak harapkan bantuan kebajikan masyarakat sebanyak RM350, apalah sangat. cuma cukup untuk membeli beras dan keperluan yang lebih penting. tambahan barang pula makin naik harga, kicap pun si ayah tidak mampu beli.

Pagi itu Abu dan Tina ke sekolah seperti biasa. Si ayah juga keluar bagi mengumpul tin-tin kosong di sekitar bandar. Berbekalkan dua batang tongkat, si ayah gagahkan berjalan bagi mencari rezeki. Bagi si ayah, apa yang dia lakukan sekarang lebih mulia berbanding dengan hidup meminta-minta di kaki lima. Rezeki allah ada dimana-mana. Fikir si ayah di dalam hati.

Melewati sebuah simpang, kelihatan sebuah sekolah dimana abu, anak si ayah bersekolah. Tergerak hati si ayah untuk pergi sebentar melihat abu di sekolah. Berjalanlah si ayah bertemankan tongkat disisi sambil mengendong bungkusan tin kosong ke arah sekolah tersebut. Sesampainya si ayah di depan pagar, beliau ditahan oleh pengawal keselamatan sekolah tersebut. "pengemis dilarang masuk" kata pengawal tersebut. "pakcik bukan pengemis nak, pakcik nak jenguk anak pakcik" balas si ayah. Namun pengawal tetap berkeras lalu menolak si ayah tadi hingga jatuh menyembah bumi. Manusia sekarang memang kurang hati budi dan perasaan simpati. Dengan cota di tangan, pengawal tersebut terus meninggalkan si ayah yang berhempas pulas bangun mencapai tongkatnya.Sayu dengan peristiwa tadi, si ayah beredah hingga ke sisi sekolah.

Si ayah menoleh ke kiri. Beliau terlihat kelibat abu di dalam kelas. tampa berlengah lagi si ayah menjerit sambil melambai-lambai ke arah abu yang berada di dalam kelas. Namun reaksi sebaliknya ditunjukkan oleh abu. Beliau seolah-olah tidak dengar akan jeritan si ayah. Malah beliau bagai menyembunyikan diri pula.
Murid-murid yang berada di kelas abu, mula mengejek abu. "anak cacat, anak cacat." si ayah tunduk merenung permukaan jalan tar. pedih hatinya bila melihat anaknya diejek oleh rakan kelasnya akibat dari kecacatan dan kemiskinan dirinya. Lebih pedih apabila melihat anaknya pula bagai tidak mengaku dan malu menjadi anaknya. Air mata si ayah menitis disitu juga. Tidak dapat menahan rasa hiba yang menyelubungi perasaanya ketika itu.

"Sreetttt!!!..." sebuah lori membuat brek kecemasa. semua mata sama ada dari sekolah dan orang yang berada di sekitar jalan, tertumpu pada sesuatu di bawah lori tersebut. Darah merah kelihatan mengalir dari bawah lori tersebut. Orang ramai mula megerumuni tempat kejadian. Pemandu lori tadi masih didalam lori tidak keluar-keluar barangkali masih terkejut dengan apa yang berlaku. "saya lihat tadi, lori ni memang laju. dia langgar lampu isyarat di simpang tu tadi" terang seorang pemuda berbadan tegap. Abu yang berada di dalam kelas, juga menyaksiakan kejadian tersebut. Dengan pantas Abu berlari menuju ke arah lori itu. "Ayah!!!!!.." jerit abu sambil berlinangan air di pipi. Kawan-kawan kelas yang kerap mengejek abu tadi terpinga-pinga, begitu juga dengan pengawal keselamatan tersebut. "perlu talifon ambulans sekarang ke?" kata seorang lelaki. "tak perlu kot. nanti adalah yang menguruskanya" balas lelaki yang lain.

Abu dengan penuh hiba menangis teresak-esak melihat kejadian tersebut. Tambah hiba apabila abu melihat darah pekat mengalir dari bawah lori tersebut. Namun abu gagahkan hati menjenguk di bawah lori tersebut. setelah melihat dari bawah lori, abu kelihatan terpinga-pinga. Dilihatnya sekeliling orang ramai mulai berkurangan. Abu pandang sekeliling sekali lagi. Di bawah pokok, juga berhampiran lori tersebut, kelihatan si ayah bertongkat melihat lori yang telah melanggar seekor anjing. Berlari abu mendapatkan ayahnya dibawah pokok tersebut.

"Maafkan Abu ayah" kata abu sambil memeluk ayahnya. "syukur ayah selamat, abu ingatkan ayah yang kena langgar tadi. abu tak nak kehilangan ayah, abu sayangkan ayah. ayah je yang abu ada untuk abu menumpang kasih. abu tak kisah kita miskin. janji ayah ada selalu menjaga abu dan adik. maafkan abu ayah"
abu terus memeluk ayahnya degan erat. begitu juga dengan si ayah.Air mata keduanya jatuh membasahi pipi masing-masing.. Di suatu sudut, bangkai anjing itu mula dibersihkan dan dibuang oleh majlis daerah. Nun di seberang jalan pula, kelihatan pengawal keselamatan yang masih terpinga-pinga tidak tahu perkara apa yang berlaku..

Nota kaki : hargailah ayah anda sementara jasad beliau dikandung nyawa.

Sabtu, 18 Jun 2011

HUKUM BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG..

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. 
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, 
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 10 jun tahun 2011: 

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG" 

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut: 

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung? 

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

Nota Kaki : hantaran kawen makin naik! tidakkkk!!!

Jumaat, 17 Jun 2011

Kisah Seorang Nelayan





Memandangkan aku dah hampir dua bulan cuti, maka pelbagai lapisan orang lah tanya padaku.. Buat apa sekarang? keja kat mana? dan pelbagai soalan yang mempunyai maksud yang sama. Maka dengan senyum seperti kerang busuk aku menjawab... Tanam anggur la bro.. satu jawapan yang mempunyai "double meaning" tapi dipahami oleh segenap rakyat malaysia. haha..

Orang yang paling bising tentang hobi tanam anggur aku ni pastinya emakku. Ye la kalau dah isi minyak moto pun pau dia. haha.. Akibat dari tak tahan dan pedih telinga  ni kena bebel, maka aku pun mendapat satu idea lalu bercerita satu cerita padanya.. kisahnya begini...  

Suatu hari, seorang usahawan sedang berkelah bersama keluarganya di sebuah kampung nelayan. Dia merasa terganggu apabila melihat seorang nelayan sedang berehat-rehat di bawah pohon kelapa.
“Pakcik, kenapa pakcik tidak turun ke laut?”
“Pakcik sudah turun ke laut semalam dan pakcik perlu beristirehat.”
“Kalau pakcik turun ke laut lagi, pakcik akan dapat menangkap banyak ikan.”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh mengumpulkan wang untuk membeli sebuah perahu.”
“Lalu … ?”
“Dengan perahu itu, pakcik tak perlu lagi menyerahkan sebahagian pendapatan pakcik kepada tuan punya perahu.”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh mengumpulkan banyak wang untuk membeli perahu kedua …”
“Lalu … ?”
“Dengan dua perahu, pakcik boleh mengumpulkan banyak wang dan seterusnya pakcik boleh membeli perahu ketiga, keempat dan seterusnya …”
“Lalu … ?”
“Jika perahu pakcik sudah banyak, pakcik boleh menyewakan perahu pakcik kepada nelayan-nelayan lain sehingga pakcik tidak perlu lagi turun ke laut …”
“Lalu … ?”
“Pakcik boleh hidup tenang dan bersantai sepanjang masa …”
Nelayan itu tersenyum lalu berkata, “Menurut Encik, apa yang Pakcik tengah buat sekarang?”


Setelah selesai aku bercerita pada mak aku, mak aku pun... 
hahaha.. malas dah nak tulis. Lu pikir la sendiri~~


Nota Kaki - aku tak la malas sangat sampai tak keje langsung.. ada je aku keja kat ciber cafe.

Rabu, 15 Jun 2011

Gerhana Bulan..


Malam tadi iaitu pada 16/6/2001 orang ramai sibuk hendak melihat gerhana bulan.. Jadi aku pun turut menyibukkan diri bagi melihat fenomena alam tersebut. Dan hasilnya tak nampak bulan pun.. Mungkin awan telah melitupi permukaan atmosfera seterusnya menghalang aku dari melihat kejadian tersebut.. haha..

Gerhana bulan berlaku apabila cahaya matahari dihalang oleh bumi dari sampai ke bulan. Oleh itu bumi,bulan dan matahari berada pada kedudukan selari.. fuhh.. boleh jadi cikgu sains ni.. Jadi murid2 sila baca buku sains UPSR ye.

Apa yang aku nak tulis disini bukanlah silibus sains UPSR berkenaan gerhana, tp hikmah di sebalik kejadian gerhana itu.. Bersamalah kita menginsafi diri...

Memetik kata-kata Tuan Guru Nik Aziz, 

"Bulan itu hikmah penciptaannya adalah bersifat tidak mempunyai cahaya , namun bulan diberikan peranan penting dalam mempengaruhi bumi melalui sifatnya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T , bulan hanya meminjam cahaya dari matahari , begitulah kita manusia ..dipinjamkan sementara dunia ini untuk kita melaksanakan bai'ah pada saat ikrar di Loh Mahfuz pada kehidupan kita di dunia ini..setelah itu kita akan dikembalikan kepada Allah S.W.T untuk berhadapan dengan kehidupan yang sebenar abadan abada..bulan akan musnah dan bumi akan musnah akhirnya..namun Allah memberikan keistimewaan kepada Manusia untuk kekal hidup selama-lamanya apabila tiba masanya selepas hari pembalasan...samada hidup selamanya enak di Syurga atau kekal sengsara di neraka..Bulan hanya penjaman..bulan hanya meminjam cahaya matahari...perjuangan kita juga pinjaman ..kita mengharapkan kudrat Allah S.W.T untuk memperjuangkan agamaNya..kita tiada apa-apa kekuatan..kita hanya akan ditanya..adakah kita berusaha?..kita tidak akan ditanya adakah kita berjaya? sesungguhnya kejayaan itu adalah kuasa mutlak Allah S.W.T" -Wallahu'alam"

Itu pandangan ulama tentang hikmah penciptaan bulan, sekarang kita tengok apa ada pada gerhana bulan.. Menurut hadis :

"Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Jadi usah ditenung lama2 bulan itu. Bulan tidak akan jatuh ke riba dan usahlah jadi pungguk rindukan bulan. pakat beramai-ramailah menunaikan solat sunat gerhana..

Nota kaki : suruh orang pandai, aku pun tak buat solat gerhana tu.. adoi...

Gembala kambing



Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan ahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala ambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi amba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia ak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun oleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun ampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Nota kaki : aku dah xnak guna nick name "Goat Rider" dah. Dah bosan. haha~

Aku tulis Blog???



Bissmillahirrahmanirrahim......

Memandangkan aku tak dak keja dan tak tau bak buat apa buat masa ini, maka aku pun telah membuka satu akaun blog yang aku pun tak tahu nak tulis pasal apa..  haha~

Niat nak tulis blog tu dah lama, tapi perasaan yang sentiasa diselubungi sifat malas membataskan semua itu. (poyo btl ayat aku. heh!) Aku teringin nak mempunyai sebuah blog sebab jeles tengok blog-blog orang lain yang penuh dengan info2 dan karya2 menarik..

Dengan adanya blog sendiri ni senanglah aku tulis apa-apa idea yang menarik hasil dari kepala otak kurniaan allah ini.. Biasanya bila aku ada satu idea atau pendapat, perkara itu hanya berada didalam kepala hotak ini saja dan hanya berakhir dengan sembang kosong dengan kawan2 ataupun lupa begitu saja.. Maka, bila dah ada blog sendiri ni, boleh la aku tulis kat sini dan boleh buat rujukan kelak. sekurang-kurangnya boleh tunjuk kat cucu. Ini la blog tokwan.. dan cucu aku pun bercerita kat kawan2 kelasnya, lalu ramailah follower aku pada masa itu haha..

Jadi siapakah mahluk yang akan baca blog aku ini???
dah tentu tak dak sapa nak buang masa baca blog aku ni. Blog aku bukan seperti blog malaysiakini mahupun blog2 politik yang mempunyai rakaman video lucah. blog aku hanya blog merepek yang syok sendiri.

Jadi kenapa beria2 sangat tulis blog ni kalau orang tak baca?
Macam yang aku cakap tadi, cucu dan kawan2nya lah yang akan membacanya di kemudian hari. hahaha~

Oleh yang demikian, saya dengan ini merasmikan blog syok sendiri yang akan memuatkan pelbagai benda termasuklah karya2 penulisan yang dihasilakan oleh diriku sendiri. (perasan bagus la pulak)

Persoalanya disini......

RAJINKAH AKU UPDATE DAN TULIS BLOG INI???



Nota kaki : bak kata pepatah, hangat-hangat taik ayam.. haha