Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya...

Selasa, 16 Ogos 2011

Hikayat Bengong Malasbaca

      Suatu masa dahulu, terdapat seorang putera raja yang sangatlah hensem. Sudahlah hensem, kacak pula. Jika disamakan antara putera raja dengan, M. Daud Kilau, muka putera raja jauh lebih berkilauan. Hendak dijadikan cerita, berjalanlah dia ke sebuah negeri merantau memenuh ilmu di dada. Pada waktu itu, sudah tentu belum wujudnya bas, apatah lagi teksi. Yang ada hanyalah LRT dan komuter sahaja. Sedang dia berjalan terjumpalah dia dengan seorang puteri yang sangat cantik. Puteri itu sedang berlawan dengan seekor naga. Naga itu tidaklah hensem dan tidak pula cantik.
 
Tampa memberi salam, Sang putera hensem itu segera mencabut pedangnya dan melibas kepala naga itu hingga terpenggallah ia kepada dua. Puteri cantik berterima kasih kepada sang putera. Tergugur jantung sang putera melihat kecantikan puteri tersebut.

Sang putera memegang jemari manis puteri jelita dan memohon izin untuk mengahwininya.
Lalu puteri jelita menolak permohonannya dan berlari kembali ke istana.

Akhirnya sang putera hensem itu hidup dengan bahagianya dengan mempunyai awek yang ramai, lepak kedai mamak dengan kengkawan sehingga subuh, pergi karaoke, bermain facebook dengan gadis-gadis dan beryahoo mesengger sehingga lebam tanpa kokongan dari puteri jelita.

-tammat-

Nota Kaki - kisah benar pengalaman diri sendiri. hahaha~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ikut suka hati la nak komen apa.. janji anda bahagia..